Wednesday, June 20, 2012

Roti

Roti.. satu lagi makanan yang teringin cuba untuk masak sebab geram tengok orang lain berjaya buat dengan hasil yang sangat menggebukan. Dah penah cuba, dari uli pakai tangan & guna BM tapi masih tak mendapat hasil yang aku nak. Ni rupa rotiku yang pertama kalinya ..uli ngan tangan nih..teruja sesangat time buat, guna resepi doh asas roti dari MyResipi, rasanya resepi dari kak fida..tak ingat pulak..jom layan gambar roti kulit siput..hahaha,apsal daku bagi nama camtu lak nih..sbbbbb..cer tengokk duluuu.....


hah, ni la diee..kan ke rupe ala2 cam siput je..erm lepas bakar memang la lembut, dah lama skit dia start keras. Husband kata ok je, sangat sesuai jika dimakan dengan kuah kari.

Jumpa resepi ni dalam blog Raihanna- tuan punya blog Sweet V@nill@, nak cuba nnt..oleh itu nantikan kemunculan Roti Kentang versi saya.. :-) Rai, tumpang share resepi nyer.. (tak reti lagi nak link-singkat2, next time).. jom tengok resepi Roti Kentang.

ROTI KENTANG
Bahan2 (boleh dapat 16 biji doh) :-
Doh
135 ml air dari peti sejuk
3/4 st garam
30 g mentega/marjerin
1/2 bj telur (dipukul sebentar..1/2 lg untuk sapu permukaan roti)
60 g ubi kentang (direbus dan dilenyek baru ditimbang)
300 g tepung roti/tepung protein tinggi/tepung gandum
1 sb susu tepung
80 g gula
2 st yis segera

Kastad
250 ml susu cair/ susu segar
2 bj kuning telur
1 sb tepung kastard
1 sb tepung gandum
setitik vanilla essence
6 sb gula pasir

Cara2nya:-
1. Satukan terus semua bahan2... Kalau nak guna mixer/ breadmaker pun boleh.
2. Uli sehingga menjadi doh dan elastik... kalau lembik, jangan risau k... Nak tambah tepung sikit2 boleh, tapi jangan tambah terlalu banyak,nanti keras roti anda leh baling kat dinding.
3. Tutup doh tadi dengan kain lembab.... dan biarkan doh naik 2 kali ganda... Jangan bukak2 kejap2 nak tengok, nanti doh anda merajuk... hihi
4. Dah naik,  tumbuk2 doh untuk keluarkan angin....
5. Bulat2kan doh...kalau doh anda melekat2 kat tangan, sapu sket permukaan tangan anda ngan butter, insyallah takkan lekat dah pastu untuk membulat2kannya..
6. Tutup dengan kain lembab untuk naikkan doh lagi 2 kali ganda....
7. Sementara nak tunggu doh naik 2 kali ganda lagi, kita leh buat kastard nya sebab kalau buat awal2 nanti dia cepat keras.... so masa nie kita buat k... Satukan semua bahan2 (kecuali kuning telur) dan kacau hingga ia tidak berketul2..
8. Kemudian masukkan kuning telur yang telah dipukul.... kacau hingga sebati
9. Masak di atas api sederhana sehingga ia likat. ketepikan dan sejukkan sebelum dimasukkan dalam piping bag.
10. Bila doh dah naik cantik, tak der lagi ruang kosong dlm bekas yang kita letak doh2 boleh la disapukan ngan kuning telur.
11. Piping kastard bentuk + atas permukaan roti..
12. Bakar di dalam oven suhu 180 celsius selama 20 minit
13. Sejukkan di atas redai & blh la disimpan di dalam tupperware utk kekalkan kelembutan roti.




Ramadhan semakin hampir..

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hah... puasa dah abih ganti ke belum??? kalau belum, masih sempat selesaikan sebelum penghujung Syaaban. Sekejap je masa berlalu..2012 makin hampir penghujungnya. Rasa masih banyak lagi yang perlu dibuat dalam tahun nih. Projek agak berjaya sedikit dari tahun lepas, walaupun tak berapa aktif. Alhamdulillah, masih terima order cookies walaupun lum raya lagi.

Projek kuih raya tahun lepas... tak pasti tahun ni sempat/termampu nak buat ke tak sbb bahu sakit balik. Tak banyak mana pun, tp berbalang2 juga la nak siapkan.. Moh tengok kuih raya tahun lepas, ada beberapa gambar tak ambil.

Dari kiri Chocolate chip, conflakes madu, popia cracker & almond crispy. Yang tak der dalam gambar, tart nenas gulung, tart nenas bunga & chocolate chip ala famos amos.

Tahun ni punya biskut raya nanti dulu eh.. Tengah berfikir2 melihat2 kemampuan. Tapi order ada yang dah masuk dah. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki Allah, permulaan bagi aku yang sedang berjinak2 dalam dunia masakan kuih2 raya & kek2 nih, seronok walaupun agak penat. Ok, nnt kita sambung lagi. Masih banyak yang perlu aku letak dalam blogku yang tak seberapa nih...

Tuesday, June 19, 2012

Masih baru..

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.

Di pagi Selasa penuh bahagia.. tetiba terpanggil buat posting nih. Iye, aku masih baru dalam dunia blogging nih. Tak pandai pun sebenarnya tapi adik aku sorang nih sibuk suh buat. Seronok tengok blog2 yang tumbuh bagai cendawan di abad ini. Cuma ingin ku titipkan disini, jika ada yang berjalan2/ melihat2 diblog ni, mohon maaf kerana banyak kekurangannya. Saya budak baru belajar, setakat post pic & sedikit kata2 blh la, blm lagi sampai mencantikkan blog lagi. Oleh itu, happy viewing & jika ada apa2 kata/nasihat/tunjuk ajar yang blh sy gunakan, jgn segan2 komen.. apa2 pun terima kasih kepada sesiapa yang tak sengaja terjln disini. Ketemu di lain siaran...